468x60 Ads

Wednesday, May 14, 2014

HALIA

 

HALIA? APA YANG TAHU TENTANGNYA


Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau

Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand). Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas. Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.

Pokok Halia merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan. Halia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Halia bara pula adalah sejenis halia yang digunakan dalam perubatan tradisional. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.


Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah

 

 


Halia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gembur) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom. Kajian menunjukkan halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walau bagaimanapun ianya boleh juga ditanam di tanah gambut yang pH nya 3.8. Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.


Rizom-rizom (pembiakkan tumbuhan) disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas. Kemudian rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas. Halia ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih pada sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit eloklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia. Anggaran 25-33 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Keperluan bahan tanaman dianggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar. Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum menanam. Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan berlakunya penyakit layu.

 

PENYEDIAAN TANAH : 

Tanah haruslah dibajak dan digembur-gemburkan sebelum membuat penanaman. Buatkan batas 30 cm tinggi 61 cm antara batas atas. Halia ditanam samada sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah mineral dan gambut. Penanaman halia di tanah gambut mempunyai potensi sebagai tanaman kontan dan tanaman selingan. Halia biasanya ditanam di ladang-ladang nenas, kelapa sawit, getah dan buah-buahan.  



 Jenis-jenis Halia :

1) Jenis Bentong
Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (belendir dan berair). Warna keputih-putihan.

2) Jenis Taiwan
Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.

3) Jenis Indonesia

Kegunaan utama halia ialah ia boleh diproses dengan pelbagai jenis kegunaan seperti untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.
 

Nama-Nama Halia Yang Biasa Kita Dengar :

1) Halia Muda

2) Halia Tua

3) Halia Bara/Merah

 

1 comments:

farmashealth said...

Adakah anda dan keluarga anda menghidapi kanser? Kami ada jawapannya..Layari http://www.farmashealth.com.my

Post a Comment