468x60 Ads

Thursday, February 28, 2013

BARAH RAHIM/CANCER CERVIX



APAKAH BARAH PANGKAL RAHIM/CANCER CERVIX



Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakanbarah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ). Barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun dan amat membimbangkan terutama untuk rakyat malaysia. Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart ).



KETUAT KELAMIN (Genital Warts)

 
Ketuat kelamin merupakan sejenis penyakit kelamin. Ketuat kelamin merujuk kepada bonjolan daging lembut, lembab dan tidak sakit pada alat kelamin. Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan kadangkala pada faraj wanita.

Ketuat ini pada wanita berpotensi berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal rahim.Ketuat kelamin tidak menunjukkan tanda-tanya yang ketara, oleh itu ujian pap smear digalakkan untuk dilakukan secara berkala terutamanya bagi mereka yang menjangkau usia 40an.Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan ketuat kelamin berjangkit kepada bayi yang akan lahir secara normal.Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim.


STATISTIK MENGENAI BARAH PANGKAL RAHIM

Dianggarkan seramai hampir 1,600 kes kanser pangkal rahim dilapurkan pada tahun 2003 di Semenanjung Malaysia (Lapuran NCR 2003). Angka sebenar kes kanser pangkal rahim adalah dijangka jauh lebih tinggi dari angka yang tersebut di atas memandangkan banyak kes-kes yang tidak dilapurkan. Di samping itu angka yang tersebut di atas tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Insiden kanser pangkal rahim adalah 19.7 per 100,000 populasi dengan bangsa Cina mempunyai insiden yang tertinggi yakni 33.6 per 100,000 populasi, diikuti oleh bangsa India dan bangsa Melayu. Kebarangkalian seseorang wanita untuk mengidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya adalah dari 1 di dalam 28 orang sehingga 1 di dalam 80 orang. Contohnya,kalangan wanita berbangsa Cina, seorang dari 28 orang wanitanya akan menghidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya (lifetime risk).


Mengenali lebih dekat Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)

Serviks adalah pangkal rahim dan rahim merupakan bahagian tubuh di mana janin berkembang.Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.Dalam barah pangkal rahim, sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser. Wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks juga boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.



Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)

  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  • Perdarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
  • Sebarang perdarahan dari faraj selepas putus haid.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Ujian lumuran Pap (Pap Smear)
Oleh kerana wanita yang aktif seks berisiko mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi.Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.
Ujian ini boleh didapati di:
  • Pusat Kesihatan Kerajaan
  • Klinik Perancang Keluarga
  • Hospital/Klinik Swasta
UJIAN PAP SMEAR YANG WAJIB PADA WANITA
  • Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
  • Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan sekurang-kirangnya 2 tahun sekali.
  • Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid
Para wanita juga dinasihatkan adalah lebih baik untuk menjalani ujian pap smear pada setiap tahun untuk memeriksa sel prabarah atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dapat dikesan awal, ia masih boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan anda.



Wednesday, February 20, 2013

AWAS KEPUTIHAN PADA WANITA



KENALI PUNCA MASALAH KEPUTIHAN WANITA


a. Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid. Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. 


 Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka. Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit. Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

b. Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan. Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

  Berikut di antara beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:

* Jangkitan kulat. Ia mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal. Kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.

* Jangkitan kuman trichomonas. Jenis ini berlaku cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.

* Jangkitan bakteria vaginosis. Tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau.

* Penyakit yang menular melalui perhubungan seks. Biasanya berlaku cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah.

* Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan, tetapi tidak gatal. Biasanya disertai bau busuk.

Antara penyebab keputihan yang lain:

1. Vaginitis atropik – Ia timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen.

2. Ubat seperti antibiotic. Ubat yang mengandungi estrogen.

3. Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja/tidak sengaja berada di dalam vagina.

Antara perkara yang perlu diketahui:

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita.

2. Jangan menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar.

3. Menjauhi tekanan yang berlebihan.

4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil.

5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan.

Petua Merawat Keputihan

Pilihan 1:

Bahan-bahan:
• Suku gelas daun misai kucing
• 2 batang tapak sulaiman
• suku gengam daun inai
• satu jari akar kunci kucing
• 3 jari gula enau
• 4 gelas air

Cara Membuatnya:
Bahan-bahan ini dirajang dan direbus sehingga air menjadi ¾ suku jumlah asal. Minum 3 kali sehari

Pilihan 2: Ambil 2 biji delima putih yang masih muda, ditumbuk halus. Campurkan segengam daun delima putiih. Bahan-bahan ini direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas air. Minumlah air rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Jangan makan daging kambing, nanas, air kelapa dan ikan laut.

Pilihan 3: Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada dimakan mentah atau dicelur, daun yang tua direbus, sejukan dan dibuat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Pilihan 4: Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu.


Pilihan 5: Jika anda tiada masa untuk melakukan semua petua di atas tadi. Anda ada pilihan yang paling cepat dan efficient , iaitu mengamalkan makan JAMU RATU DARA, di perbuat daripada 100% herba seperti kacip fatimah, akar serapat, manjakani dan herba- herba lain yang sangat bagus untuk masalah dalaman wanita bujang mahupon wanita yang sudah berkahwin

Tuesday, February 19, 2013

SLE tu sakit ape? (Systemic Lupus Erythematosus)

INFO WAJIB TAHU MENGENAI "SLE"


Apa itu SLE (Systemic Lupus Erythematosus) – Simptom SLE serta rawatan penyakit SLE. Kali ini artikel kesihatan membicarakan mengenai sejenis penyakit yang dinamakan SLE atau dikenali juga sebagai penyakit lupus.

Apa itu SLE?
SLE (Systemic Lupus Erythematosus) merupakan sejenis penyakit kronik berpanjangan berlaku kesan daripada kecelaruan sistem pertahanan tubuh yang membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan mikroorganisma kuman yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan kuman berkenaan. Bagi pesakit SLE antibodi yang dihasilkan untuk melindungi tubuh badan ini sebaliknya menyerang sel-sel tubuh sendiri.

apa itu sle

Simptom SLE
Penyakit ini ada kalanya sukar didiagnos pada peringkat awal disebabkan gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakan pesakit SLE antara 70 hingga 80% pesakit mengalami masalah kulit.

Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.
 


Antara gejala-gejala SLE:
  • ruam pipi (malar rash)
  • ruam merah pada kulit (discoid rash)
  • peka terhadap cahaya (photosensitivity)
  • luka sekitar mulut (oral ulcers)
  • artitris (radang sendi)
  • radang pada selaput sereus (serositis)
  • kelainan pada ginjal (renal disorder)
  • kelainan fungsi saraf (neurologic disorder)
  • kelainan darah (hematologic disorder)
  • kelainan pasa sistem kekebalan tubuh (immunologic disorder)
  •  
simptom sle

Pesakit SLE biasanya terdiri daripada wanita yang berumur 20 – 40 tahun. Mereka biasanya mengalami kesakitan sendi dan kulit namun masalah ginjal iaitu bengkak kaki sebab kehilangan protein melalui ginjal turut berlaku. Nisbah adalah 9 wanita kepada 1 lelaki dan lebih kurang 90% penghidap SLE adalah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan estrogen. Walaubagaimana pun, ia sukar disahkan dalam masa yang singkat, penyakit ini bukanlah penyakit keturunan kerana peratus kebarangkaliannya agak rendah dan penurunan penyakit SLE ini melalui ibu ke anak walaupun berlaku tetapi agak jarang.

Rawatan SLE
Pesakit SLE dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang boleh mengawal sistem imun badan. Kebanyakan ubat yang diberi adalah ubat stereoid yang bertindak mengawal SLE. Akan tetapi penggunaanya perlu dikawal kerana kesan-kesan sampingan yang tidak diingini terutama penggunaannya yang banyak dan lama. Pesakit juga akan dirawat dengan ubat-ubatan pengawalan sistem imun yang lain supaya dos steroid ini akan dapat dikurangkan. Proses kehamilan pesakit SLE hanya dibenarkan jika pesakit SLE dapat dikawal. Buat ibu-ibu yang menyusu yang mempunyai SLE anda tidak boleh mengambil alfafa.

Penghidap SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang hampir normal untuk jangka waktu yang panjang. Rawatan ubat corticosteroid danimmunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang tertentu, SLE adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut.

Bentuk rawatan lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya.
Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteroids, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi juga untuk melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.

Bagi anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih kepada amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari tekanan juga sangat membantu.

Semoga artikel kesihatan (Apa itu SLE) kali ini dapat memberi Anda satu lagi maklumat penting mengenai kesihatan diri agar dimasa hadapan sekiranya sesiapa yang menghadapi sakit ini dapat membuat pencegahan awal. Sekian.

INFO ASAS MENGENAI TEKANAN DARAH YANG WAJIB KITA SEMUA KETAHUI


Mengapa Perlu Saya Urus Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi adalah faktor paling jelas bagi penyakit jantung. Apabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat lebih lama.

Periksa tekanan darah anda.Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkannya melampaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun malangnya, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.

Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda:
  1. Mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda.
  2. Mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda.
  3. Melindungi seluruh badan anda agar tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.

Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mencederakan atau membunuh anda. Ianya adakalanya digelar “pembunuh senyap” kerana ia tiada tanda. Lebih kurang 80% penduduk dunia pernah mendapat hipertensi dalam hidup mereka dan satu daripada tiga orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi, namun, ramai yang tidak menyedari mendapatnya. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal membunuh ramai orang dan mendatangkan huru-hara pada banyak mereka yang masih hidup dengan menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar (strok).

Sumbatan dan darah beku bermakna kurang darah dapat sampai ke organ-organ penting kita, dan tanpa darah, tisu-tisu mati. Itulah sebabnya tekanan darah tinggi boleh membawa kepada angin ahmar, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, malah kegagalan jantung.


Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Saya?

Ini satu berita baik! Tekanan darah tinggi adalah boleh diurus. Tidak kira tekanan darah anda adalah tinggi atau normal (normal adalah kurang daripada 120 mm Hg sistolik DAN kurang daripada 80mm Hg diastolic atau <120/80) pengubahsuaian gaya hidup di bawah memberi pelan hidup jantung-sihat yang hebat untuk kita semua.

Tambahan lagi, perubahan-perubahan ini boleh menurunkan tekanan darah anda tanpa menggunakan sebarang ubat preskripsi:

- makan makanan yang sihat-jantung, yang merangkumi pengurangan garam dalam makanan;
- menikmati aktiviti fizikal tetap dan mengekalkan berat yang sihat;
- mengurus tekanan, tidak mengambil alkohol, dan mengelak asap tembakau.

INFO MENGENAI KOLESTEROL YANG WAJIB DIKETAHUI



Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Apakah Dia Kolesterol?

Kolesterol dating dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.


Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.






Saranan dari Pakar

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol

Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

KEBURUKAN MAKAN MEE SEGERA

RISIKO MAKAN MEE SEGERA


Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.